Ads
Perlawanan Terhenti Seketika, Pengadil Ditumbuk Di Indonesia
Asia Tenggara
TVRI Sport

Arena bola sepak Indonesia kecoh gara-gara tindakan seorang pemain Sulawesi Tengah memukul kepala pengadil pada 14 September lalu.

Advertisements

Tempo melaporkan insiden ini tercetus dalam aksi suku akhir acara bola sepak Pekan Olahraga Nasional (PON) XX1 Aceh-Sumut antara Aceh dan Sulawesi Tengah.

Advertisements

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Dimurthala, Banda Aceh menyaksikan pasukan itu mendahului pada minit ke-24 menerusi Alan Wahyu.

Advertisements
Advertisements

Aksi ini kemudiannya menjadi panas apabila kedua-dua pasukan melakukan terjahan keras dalam usaha mendapatkan bola. Keadaan ini menyebabkan pengadil, Eko Agus Sugiharto terpaksa melayangkan kad untuk mengawal disiplin kedua-dua pasukan.

Sulawesi Tengah kemudiannya dipaksa bermain dengan sembilan pemain apabila Wahyu Aiman dan Moh Akbar diperintah keluar padang. Kedua-dua pemain masing-masing dilayangkan kad merah pada minit ke-74 dan 85.

Advertisements

Aksi Aceh dan Sulawesi Tengah makin panas apabila tuan rumah dianugerahkan sepakan penalti pada minit ke-95. Ini selepas Eko Agus mendapati pemain Aceh, Muhammad Nur Mahyuddin dijatuhkan dalam kotak penalti.

Berang dengan keputusan kontroversi pengadil berkenaan, pemain Sulawesi Tengah, Muhammad Rizki Saputra bertindak memukul kepala Eko Agus. Tindakannya mencetuskan kekecohan dengan penyokong Aceh bertindak membaling botol ke dalam padang sebagai bantahan terhadap apa yang berlaku.

Selepas diberi rawatan oleh pasukan perubatan dan keadaan kembali tenang, Eko Agus bersedia meneruskan perlawanan. Rizki kemudiannya dilayangkan kad merah atas apa yang berlaku.

Penjaga gol Sulawesi Tengah, Rexy kemudiannya berjaya menafikan penalti kontroversi yang diterima Aceh. Walau bagaimanapun, Aceh menyamakan kedudukan 1-1 menerusi satu lagi penalti yang disempurnakan Akmal Juanda.

Advertisements

Meskipun perlawanan sepatutnya diheret ke masa tambahan, Sulawesi Tengah enggan meneruskan perlawanan. Itu menyebabkan Aceh layak ke peringkat separuh akhir PON 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram