Permohonan Lesen Kedah Berdepan Risiko Penolakan
MakanBola
Kedah Darul Aman FC
Sponsors

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) berdepan risiko permohonan Lesen Kebangsaan untuk musim 2025/26 ditolak First Instance Body (FIB).

Ini kerana menurut wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, pasukan utara tanah air itu dikhabarkan masih bergelut dengan isu kewangan termasuk tunggakan gaji.

Ad
Sponsors

Beliau percaya sekiranya isu ini berlarutan, ini bakal menyebabkan permohonan lesen yang dikemukakan Sang Kenari ditolak.

Ad

“Saya difahamkan isu tunggakan gaji membabitkan pasukan Kedah masih belum selesai. Tetapi pada masa sama, mereka tetap membuat permohonan.

“Saya rasa itu mungkin boleh menyebabkan kegagalan mereka dalam memohon Lesen Kebangsaan,” katanya kepada Nadi Arena.

Ad

Zulhelmi turut memaklumkan sekiranya ada pasukan gagal mendapatkan Lesen Kebangsaan, mereka perlu bermula dari bawah semula.

Ad

“Berdasarkan kes sebelum ini seperti Sarawak United dan Perlis, saya boleh katakan mereka gagal mendapat Lesen Kebangsaan dan mereka tidak berada dalam Liga A1.

Ad

“Macam Sarawak United, mereka tidak mendapat Lesen Kebangsaan, mereka tidak berada dalam radar Liga A1. Kalau ikut sistem piramid, mereka mungkin bermula di Liga A5,” ujarnya.

Kedah menamatkan musim 2024/25 di tangga ke-11 liga dengan 21 mata.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments