Perpindahan Sergio Aguero Ke Persija Jakarta Tidak Direstui?
Asia Tenggara
FA Malaysia
Advertisements

Sebelum ini timbul desas-desus mengenai perpindahan pemain naturalisasi negara yang kini beraksi bersama Sri Pahang FC, Sergio Aguero yang dikaitkan ke kelab gergasi Indonesia, Persija Jakarta.

Namun sehingga kini masih tiada info lanjut mengenai perpindahan tersebut. Namun baru-baru ini pundit bola sepak Indonesia, L. Musaddad A. Sadat meluahkan kerisauan mengenai berita perpindahan itu.

Bagi beliau, Aguero merupakan pemain yang kerap mengalami kecederaan. Selain itu, Aguero juga dilihat tidak beraksi penuh 90 minit dalam banyak perlawanan yang diturunkan.

Advertisements

“Sergio Aguero dikabarkan akan menjadi pemain ASEAN Persija Jakarta pada putaran kedua musim ini. Melihat pada prestasi kecederaan beliau cukup merisaukan (berlarutan). Bahkan terakhir bermain penuh pada bulan April lalu.

“Nilai tambah jika memang dalam kondisi baik, Aguero mampu berfungsi di berbagai posisi attack-line,” coret L. Musaddad yang juga penyokong pasukan Persija Jakarta.

Dalam masa yang sama, L. Musaddad juga mencadangkan dua nama lain untuk dibawa beraksi di Indonesia iaitu Syafiq Ahmad dan Darren Lok.

Advertisements

“Kalau ada agen pemain Malaysia, kenapa tidak cuba untuk bawa masuk Syafiq Ahmad (JDT) atau Darren Lok (Sabah FC),” tulisnya ringkas mengakhiri ciapan di laman X.

Jika perpindahan itu terjadi, Sergio Aguero akan mengikuti jejak langkah pemain negara Junior Eldstal yang kini beraksi untuk Dewa United dalam saingan Liga 1 Indonesia.

Musim ini bukanlah musim yang produktif buat Aguero. Mengikut kepada statistik di laman MFL, Aguero telah beraksi sebanyak 17 perlawanan bersama Sri Pahang musim ini dengan merekodkan 4 jaringan dan tiga bantuan gol.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram