Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Senarai 25 pemain Malaysia untuk aksi Pestabola Merdeka 2023 menyaksikan persaingan posisi pertahanan kanan Harimau Malaya kini semakin rancak berdasarkan pemilihan yang dibuat oleh Kim Pan-gon.

Ketua jurulatih itu telah menyenaraikan 3 pemain untuk posisi pertahanan kanan dan kesemua nama yang dipanggil sedang menunjukkan prestasi cemerlang ketika ini.

1. Matthew Davies (28 tahun)

Advertisements

Pemain pertahanan kanan JDT ini sentiasa menjadi pilihan utama Kim Pan-gon malah Matt Davies telah 3 kali berturut-turut dipanggil menyertai skuad kebangsaan bagi bulan Mac, Jun dan juga September.

Matthew Davies Malaysia FA Malaysia 2 Persaingan Pertahanan Kanan Malaysia Makin Rancak

Matt Davies merekodkan 1 gol dan 6 bantuan jaringan dalam 23 penampilan bersama JDT bagi musim ini dan kelebihan fizikal serta larian efektif disebelah kanan menjadi senjata utama Matt Davies.

Pemain berusia 28 tahun ini juga telah melakukan lebih 30 penampilan bersama Harimau Malaya dan kualiti bertahan Matt Davies bakal menjadi taruhan utama Kim Pan-gon.

Advertisements

2. Azam Azmi (22 tahun)

Azam Azmi sedang berada dalam prestasi terbaik beliau ketika ini dan mendapat kepercayaan Thomas Steibruckner untuk mengisi posisi pertahanan kanan Terengganu.

Azam telah diturunkan sebanyak 23 kali bagi musim ini dan berjaya menyumbang 1 gol dan 3 bantuan jaringan bersama Terengganu.

Advertisements

Malah pertahanan muda ini juga menampilkan aksi cemerlang bersama skuad bawah 23 tahun Malaysia dalam aksi Sukan SEA dan juga kelayakan Piala Asia B-23 tempoh hari.

Kali terakhir Azam dipanggil Kim Pan-gon untuk skuad senior adalah pada bulan Jun yang lalu setelah khidmat beliau diperlukan dalam skuad bawah 23 tahun September lalu.

3. Quentin Cheng (24 tahun)

Advertisements

Pemain berketinggian 1.88 meter ini turut menampilkan aksi cemerlang bersama Selangor dan tidak hairan jika Kim Pan-gon mahukan khidmat beliau bersama Harimau Malaya.

Quentin Cheng telah menampilkan 21 aksi bersama Selangor dan merekodkan 3 bantuan jaringan bagi musim ini.

Malah Quentin Cheng turut pernah menjadi pemain utama Harimau Malaya sewaktu aksi Piala AFF tahun lalu. Kali terakhir Quentin menyarung jersi Malaysia adalah sewaktu bulan Mac yang lalu.

Penutup

Kehadiran 3 pemain ini bakal menambahkan lagi kualiti kedalaman skuad Harimau Malaya dan memberi lebih pilihan kepada Kim Pan-gon untuk merencana taktikal terbaik beliau bagi aksi Pestabola Merdeka kelak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram