Harimau Malaya
Azri/MakanBola
Advertisements

Berbaki sebulan sahaja lagi sebelum kejohanan Piala Asia 2023 bermula, persaingan posisi pertahanan kiri skuad Malaysia kini menjadi tumpuan apabila beberapa nama mula menonjol.

Kim Pan-gon pastinya sudah mempunyai beberapa pemain pilihan untuk menggalas posisi tersebut namun persaingan masih terbuka untuk terus meraih kepercayaan ketua jurulatih itu.

Kecederaan pertahanan kiri berbakat, Azam Azmi Murad yang mengalami kecederaan ligamen krusiat anterior (ACL) Gred 2 awal November lalu juga mungkin menjejaskan pemilihan pemain Kim Pan-gon namun dalam masa yang sama membuka peluang buat beberapa pemain untuk menyerlah.

Advertisements

Berikut merupakan 3 pemain yang berpotensi mengisi peranan pertahanan kiri Harimau Malaya:

1. Corbin Ong (32 tahun)

Corbin Ong Syria Malaysia FA Malaysia Persaingan Pertahanan Kiri Malaysia Ke Piala Asia Makin Rancak

Corbin Ong sememangnya merupakan pilihan utama Kim Pan-gon bagi posisi bek kiri Malaysia ketika ini dimana pemain ini telah melakukan 10 penampilan bersama Malaysia buat tahun 2023.

Advertisements

Malah Corbin Ong merupakan pemain utama JDT dalam pentas besar seperti Liga Super dan juga Liga Juara-Juara Asia (ACL) dibahagian pertahanan.

Larian laju dan kepakaran melakukan hantaran lintang pemain ini membuatkan pasukan lawan terpaksa berhati-hati dalam permainan.

Corbin Ong telah melakukan 20 penampilan liga dan 5 penampilan dalam saingan ACL buat JDT musim ini sekaligus membuktikan pentingnya kehadiran pemain ini diatas padang.

Advertisements

2. Daniel Ting (31 tahun)

Daniel Ting kini berada dalam prestasi terbaik beliau diperingkat kelab bersama Sabah apabila berjaya menembusi kesebelasan utama pasukan Sabah musim ini.

Diturunkan dalam 19 perlawanan liga dan 5 perlawanan Piala AFC, Daniel Ting berjaya merekodkan 5 gol dan 5 bantuan jaringan buat Sabah.

Advertisements

Daniel Ting yang kini berusia 31 tahun sedang berada dalam kemuncak prestasi dan kejohanan Piala Asia yang semakin mendekat ini pastinya memberi peluang untuk pemain ini terus menyinar.

3. Richard Chin (21 tahun)

Pemain muda yang sedang beraksi di eropah ini sah bakal memperkuatkan pasukan kebangsaan apabila telah menyelesaikan urusan dokumentasi pemain kacukan bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Richard Chin sebelum ini telah dipanggil untuk menjalani latihan bersama skuad bawah 23 tahun negara pada bulan November lalu dan kini berpeluang untuk membarisi skuad senior bagi kejohanan Piala Asia kelak.

Usia muda pemain ini bakal memberikan Kim Pan-gon prospek pelapis Harimau Malaya dan mampu meningkatkan kualiti kedalaman pasukan Malaysia.

Malah Richard Chin turut mampu bermain dibahagian tengah bertahan selain daripada posisi pertahanan kiri sekaligus menjadikan beliau pemain yang versatil.

Penutup

Terdapat juga beberapa nama lain yang pernah mendapat panggilan kebangsaan seperti Arif Farhan yang merupakan pemain Kedah dan juga Fazly Mazlan yang kini bermain untuk Sri Pahang yang turut mampu bersaing berdasarkan prestasi semasa mereka diperingkat kelab.

Posisi pertahanan kiri Malaysia ketika ini masih terbuka dan prestasi cemerlang beberapa pemain pastinya menggembirakan Kim Pan-gon dalam meneliti variasi pilihan pemain yang semakin bertambah.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram