Advertising
Persiapan Bahrain Di Piala Asia Dilanda Mimpi Ngeri
MakanBola
AFC

Skuad Bahrain yang dibimbing pengendali Sepanyol, Juan Antonio Pizzi untuk Piala Asia 2023 mendapat tamparan hebat baru-baru ini.

Ini selepas pemain pertahanan Al-Khaldiya, Ahmed Bughammar terpaksa menarik diri daripada skuad Muharabi Dilmun akibat kecederaan.

Ad

Mengikut data Transfermarkt, Bughammar telah merekodkan 21 penampilan antarabangsa dan satu gol bersama Bahrain.

Ad

Portal berita News of Bahrain melaporkan beliau menyangka masalah kecederaan belakangnya tidak serius untuk membantu skuad Bahrain mendepani Piala Asia 2023.

Atas sebab itu, Pizzi tidak menurunkannya semasa aksi persahabatan menentang Australia pada 6 Januari lalu. Perlawanan tersebut berkesudahan kekalahan 2-0 kepada The Socceroos.

Ad

Bagaimanapun, kecederaan belakang yang dialami Bughammar semakin teruk sekaligus memaksanya menarik diri. Susulan itu, Pizzi telah memanggil Salem Hussain dari Al-Shabab sebagai pengganti pemain berusia 26 tahun itu.

Ad

Keupayaan Bahrain bakal diuji dalam Piala Asia 2023 selepas tewas lagi buat kali kedua di tangan Angola 3-0 semalam.

Ad

Salem berpeluang membuat kemunculan pertama di pentas antarabangsa bersama Muharabi Dilmun untuk aksi pertama Kumpulan E.

Anak buah Pizzi bakal turun menentang Korea Selatan pada 15 Januari 2024 di Stadium Jassim bin Hamad, Al-Rayyan, Qatar.