Persib Atasi Tentangan Bhayangkara
Asia Tenggara
Bhayangkara FC
Advertisements

Persib Bandung berjaya meraih kemenangan kelima musim ini apabila mengatasi cabaran Bhayangkara 2-1 dalam aksi Liga 1 Indonesia hari ini.

Persib dilihat mempunyai kelebihan atas kertas kerana kedudukan mereka di tangga kelapan liga berbanding Bhayangkara (tangga ke-18).

Kelebihan itu dimanfaatkan Pangeran Biru menerusi gol bekas penyerang Terengganu FC, David da Silva pada minit ke-27. Penyerang Brazil itu mudah menyempurnakan hantaran Frets Butuan menewaskan penjaga gol Awan Setho Raharjo.

Advertisements

Begitupun, anak-anak buah Emral Abus tidak putus asa. Mereka kemudiannya bangkit menyamakan kedudukan menerusi percubaan cantik Matias Mier pada minit ke-35.

Bersambung pada babak kedua, Persib berusaha mencari gol kemenangan tetapi gagal. Ini memaksa Hodak memasukkan Ezra Walian dan Ciro Alves bagi menambah sengat di bahagian serangan.

Pertukaran yang diatur bekas pengendali KL City FC itu membuahkan hasil apabila Alves meledakkan gol kemenangan pada minit ke-96.

Advertisements

Keputusan ini melonjakkan Persib ke tangga kelima Liga 1 Indonesia dengan 21 mata. Manakala Bhayangkara pula terus terperosok di tangga tercorot dengan 27 mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram