Persib & Persija Jakarta Sama Lesu
Asia Tenggara
Persib Bandung
Advertisements

Aksi Derby Indonesia membabitkan dua seteru ketat dalam Liga 1 Indonesia, Persib Bandung dan Persija Jakarta hari ini menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Kedua-dua pasukan tahu kemenangan hari ini mampu melonjakkan mereka kedudukan lapan teratas liga. Justeru, sebaik wisel perlawanan ditiup, Persija berusaha memanfaatkan kelebihan sebagai tuan rumah.

Dan Stadium Patriot Candrabhaga gegak-gempita apabila Marko Simic meletakkan tuan rumah di hadapan pada minit ke-14. Keputusan 1-0 kekal sehingga rehat.

Advertisements

Babak kedua menyaksikan Persib yang dibimbing Bojan Hodak memperkemas rentak mereka. Dan pasukan pelawat mendapat kelebihan apabila Hanif Sjahbandi dibuang padang pada minit ke-74.

Hanif menjadi pemain keempat dalam liga musim ini yang dibuang padang bila menentang Persib. Selain beliau, Renan Silva (Persik Kediri) dan dua pemain PSIS Semarang, Luthfi Kamal dan Muhammad Adi Satryo turut menerima nasib sama.

Kesempatan ini direbut oleh bekas penyerang import Terengganu FC, David da Silva untuk menyumbat gol penyamaan pada minit ke-85. Keputusan seri kekal sehingga tamat perlawanan.

Advertisements

Keputusan ini menyaksikan Persib berada di tangga kesembilan dengan 15 mata. Sementara Persija pula berada di tangga ke-11 dengan 14 mata.

Kedua-dua pasukan berharap dapat bangkit semula apabila saingan Liga 1 Indonesia bersambung pada 15 September. Persib turun menentang Persikabo pada 16 September dengan Persija pula menentang Persik Kediri sehari selepas itu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram