Jaguh Liga Indonesia, Persija Jakarta bakal beraksi menentang Atletico Madrid.
Perlawanan dramatik ini difahamkan bakal berlangsung di Stadium Antarabangsa Jakarta (JIS) selepas disahkan oleh CEO Nine Sport, Arif Putra Wicaksono.
Beliau memberitahu bahawa sekiranya tidak ada apa-apa halangan, pertemuan antara Persija dan Atletico Madrid akan berjalan di JIS.
“Insyaallah, iya (lawan Persija),” ujar Arif Putra pada ruangan komen laman orenculture.
Khabar angin meramalkan bahawa perlawanan ini akan berlangsung pada awal Ogos 2024.
Aksi ini berpotensi diadakan selepas aksi Piala Presiden 2024 sekiranya Persija membuat keputusan untuk menyertai pertandingan tersebut.
Atletico Madrid dijadualjan akan menjalani aksi pra-musim di Asia iaitu di Tiongkok dan di Hong Kong menentang beberapa buah kelab di sana.
Media Spanyol iaiu Marca telah memaklumkan bahawa Indonesia akan menjadi destinasi Atletico Madrid andai gagal beraksi di Hong Kong.
Sekiranya aksi ini menjadi kenyataan, Atletico Madrid akan pasukan tertinggi di Eropah yang datang ke Indonesia kembali sejak 7 tahun lalu.
Espanyol merupakan pasukan terakhir dari kelas tinggi Eropah yang datang pada tahun 2017 apabila turut bertemu Persija Jakarta.