Advertising
Persija Jakarta Tarik Diri Sertai Shopee Cup
MakanBola
Persija

Kelab Liga 1 Indonesia, Persija Jakarta membuat keputusan mengejut dengan menarik diri daripada menyertai kejohanan terbaru kelab ASEAN, Shopee Cup.

Pengumuman ini dibuat presiden kelab, Mohamad Prapanca di laman sesawang rasmi mereka semalam.

Ad

Sebelum ini, nama Persija dan PSM Makassar dipilih sebagai wakil Indonesia untuk Shopee Cup atau nama rasminya, ASEAN Club Championship untuk musim 2024/25.

Ad

Kedua-dua kelab terpilih atas kapasiti sebagai juara dan naib juara Liga 1 Indonesia musim 2022/23.

Walau bagaimanapun, Persija terpaksa menolak atas alasan ketidakpastian tentang jadual perlawanan pada musim hadapan. Hal ini bukan saja terpakai kepada Liga 1 musim 2024/25 tetapi juga kejohanan domestik negara itu.

Ad

“Satu penghormatan bagi Persija mendapatkan undangan untuk tampil dalam ACC. Namun, kami menilai situasi ketika ini tidak ideal disebabkan ketidakpastian jadual, baik untuk pertandingan musim depan dan kejohanan domestik.

Ad

“Kami harus menyusun kekuatan pasukan untuk memperbaiki prestasi dalam Liga 1 2024/2025 dan bersiap mengikuti kejohanan domestik di mana khabarnya juga akan mengalami perubahan.

Ad

“Kami tidak mahu memecah fokus agar pencapaian pasukan bisa lebih baik lagi jika dibandingkan musim sebelumnya,” kata Prapanca dalam satu kenyataan.

Keputusan mengejut ini dibuat sehari sebelum undian rasmi kejohanan yang bakal diadakan di Ho Chi Minh City, Vietnam esok.

Sehingga artikel ini ditulis, belum ada berita pasukan mana yang dipilih sebagai pengganti Macan Kemayoran dalam saingan Shopee Cup.

Persija bakal bersaing dalam Championship Series musim 2023/24 bagi menentukan juara Liga 1 musim 2023/24. Tiga lagi pasukan yang bersaing ialah Borneo FC, Persib Bandung dan Madura United.

Juara dan naib juara liga musim ini bakal layak ke pusingan kelayakan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) musim 2024/25.