Pertahanan elit Eropah bakal menjadi aset baharu untuk menyertai revolusi Harimau Malaya.
Skuad kendalian Peter Cklamovski cemerlang melakar kemenangan 2-0 ke atas Nepal pada aksi pertama Kumpulan F, Kelayakan Piala Asia 2027.
Pasukan kebangsaan juga telah menerima sentuhan tonggak warisan baharu dari Belanda iaitu Hector Hevel yang kini beraksi di Portugal bersama Portimonense SC.
Beberapa nama pemain warisan baharu mula dikaitkan untuk bersama Harimau Malaya selepas DYAM Tunku Ismail memaklumkan mengenai 7 lagi watak penting untuk bersama pasukan.
“7 lagi pemain warisan luar negara akan menambah lebih banyak kualiti dan membantu pasukan.
“Apa yang penting adalah pasukan negara bermain pada pentas tertinggi dalam kejohanan tertinggi dan disegani.
“Ini melibatkan maruah dan imej negara. Untuk mencapai matlamat tersebut kita harus bersatu, dan bersabar,” ujarnya di laman X.
Peter Cklamovski sebelum ini telah menyebut berkenaan potensi pertahanan tengah Sabah FK, Jon Irazabal untuk menyertai skuad bagi kem bulan Jun nanti.