Ads
Dunia
Utusan

Seorang pertahanan tengah pasukan kebangsaan yang kini beraksi bersama salah sebuah pasukan Liga Super dikhabarkan bakal menyertai Selangor FC pada musim hadapan.

Advertisements

Seperti yang sedia maklum, prestasi terumbang-ambing The Red Giants ini semakin ketara selepas pasukan gagal beraksi dengan baik selain kelemahan ketara pada posisi pertahanan menjadi punca kepada permasalahan pasukan.

Advertisements

Anak didik Nidzam Jamil juga baru-baru ini masih gagal memberikan saingan terbaik kepada Terengganu FC apabila mereka tewas di laman sendiri dengan keputusan 2-0.

Advertisements

Advertisements

Oleh itu, khabar angin kuat mengatakan bahawa pihak pengurusan Selangor ketika ini sedang giat mempersiapkan pasukan menjelang saingan musim baharu.

Menurut beberap sumber yang melaporkan, pasukan yang berpangkalan di Lembah Klang itu dikhabarkan dalam usaha membawa masuk pertahanan tengah Harimau Malaya, Khuzaimi Piee.

Advertisements

Hal ini juga dikuatkan dengan informasi oleh pemerhati bola sepak, Piang Shankly yang memuat naik satu hantaran sambil menyatakan Selangor sudah pun mencapai persetujuan bersama pemain berusia 28 tahun itu.

Malah, ketika ini, kontrak Khuzaimi bersama pasukan Negeri Sembilan juga bakal tamat pada hujung November ini sekaligus menguatkan lagi spekulasi ini.

Pengalaman dan juga kelebihan fizikal uang dimiliki oleh pemain kelahiran Melaka ini jelas mampu memberi nilai tambah kepada mana-mana pasukan yang bakal diwakilinya selepas ini.

Advertisements

Kelebihan kaki kiri beliau jelas menjadi aset buat Negeri Sembilan musim ini apabila beejaya memacu pasukan untuk berada pada tangga ke-3 saingan Liga Super.

Piang SEL Seorang Pertahanan Tengah Harimau Malaya Dikatakan Bakal Sertai Selangor
Twitter: Piang Shankly
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram