Pertahanan Ulsan Hyundai Dijulang Sebagai MVP Liga Korea
MakanBola
AFC
Sponsors

Pemain pertahanan Ulsan Hyundai, Kim Young-gwon mencipta sensasi tersendiri di usia 33 tahun apabila dijulang sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga K1 Korea Selatan musim 2023.

Young-gwon mengumpul 55 undian daripada 115 undian keseluruhan daripada media, enam undian daripada 12 undian daripada ketua jurulatih dan empat undian daripada 12 undian daripada kapten kelab dalam Liga K1. Ini adalah penghormatan anugerah MVP pertamanya dalam karier bola sepak profesional.

Ad
Sponsors

Jika dinilai dari segi peratus undian, Young-gwong mengumpul 44.13 peratus dan peratus tersebut berjaya mengenepikan saingan terdekat iaitu bintang Pohang Steelers, Zeca yang mengumpul 41.76 peratus sahaja.

Ad

Young-gwon telah muncul dalam 32 daripada 38 perlawanan Ulsan musim ini yang juga merupakan tahunu keduanya bersama Ulsan.

Menerusi laporan dari Yonhap, bek tengah itu telah menyempurnakan 2268 hantaran dan ianya adalah yang paling tinggi untuk pasukannya dan ketiga terbanyak dalam saingan Liga K1.

Ad

Beliau yang sebelum ini pernah berkelana ke Jepun dan China merupakan pemain Ulsan kedua berturut-turut untuk memenangi anugerah MVP Liga K1, selepas pemain tengah Ulsan, Lee Chung-yong telah memenanginya musim lalu.

Ad

Ulsan telah mengesahkan kejuaraan liga buat kali kedua berturut-turut pada 29 Oktober ketika saingan masih berbaki tiga perlawanan.

Mereka menamatkan kempen dengan 76 mata selepas 36 perlawanan dengan 23 kemenangan, tujuh keputusan seri dan lapan kekalahan. Kedudukan Ulsan di puncak liga berjaya meninggalkan Pohang Steelers dengan jarak 12 mata di tangga kedua.