Pertemuan Indonesia & Argentina Buka Mata Thomas Doll
Asia Tenggara
Persija Jakarta
Advertisements

Indonesia mempamerkan aksi terpuji walaupun tewas 2-0 kepada Argentina dalam perlawanan persahabatan antarabangsa pada 19 Jun lepas. Dan aksi tersebut membuka mata ramai pihak termasuk jurulatih Persija Jakarta, Thomas Doll.

Ini kerana dari segi ranking, Indonesia bukan tandingan Argentina yang berstatus juara dunia. Tetapi anak-anak buah Shin Tae-yong berjaya mengekang Albiceleste selama 38 minit sebelum dibolosi menerusi gol Cristian Romero.

Bagi Doll, perlawanan tersebut bukan saja memberi keyakinan kepada Timnas Indonesia. Malah, ia dilihat satu pendedahan berguna buat ramai pemain muda yang dipilih dalam perlawanan tersebut.

Advertisements

“Ini bagus untuk pasukan seperti Indonesia atau tidak mempunyai ranking yang baik menentang pasukan sebegini pada akhir musim.

“Jadi saya tahu perlawanan ini memberi makna kepada orang Indonesia kerana kalah 2-0 itu macam satu kemenangan. Tapi saya juga tahu itu bukan langkah seterusnya, jika anda menentang Argentina semasa musim berjalan, keputusannya boleh saja berbeza.

“Apa yang bagusnya ialah ada pemain Indonesia yang beraksi di luar negara, jadi mereka ada pengalaman. Anda boleh lihat keyakinan diri (mereka) dan pemain-pemain muda yang tampil juga bagus.

Advertisements

“Pemain saya (Rizky) Ridho beraksi cemerlang dalam perlawanan semalam (perlawanan 19 Jun). Witan (Sulaeman) juga cemerlang bila dimasukkan,” katanya bila ditemubual Keesh Sundaresan dan Faiz Gurun untuk Bola Itu Life untuk saluran YouTube Astro Arena.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram