Pertukaran Posisi Bawa Tuah Kepada Paulo Josue
MakanBola
KL City FC
Sponsors

Kapten KL City FC, Paulo Josue mengakui terkejut apabila diminta beraksi sebagai penyerang pada awal musim 2024/25.

Pertukaran posisi tersebut dilihat membawa tuah kepada tonggak Harimau Malaya itu. Ini kerana beliau bukan saja menjadi penjaring kedua terbanyak Liga Super dengan 17 gol.

Ad

Malah, Josue turut tersenarai sebagai calon Penyerang Tempatan Terbaik Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2024-2025 (ABK24-25)

Ad

Beliau bakal bersaing dengan dua lagi penyerang kebangsaan, Romel Morales dan Darren Lok untuk anugerah berkenaan.

Selain itu, Josue turut menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman KL City pada musim ini. Beliau memintas rekod yang sebelum ini dipegang legenda Singapura, Fandi Ahmad.

Ad

Josue mengakui pada awalnya, beliau sedikit marah dengan jurulatih KL City, Miroslav Kuljanac tentang perubahan posisinya itu.

Ad

Namun begitu, pada akhirnya, beliau menganggap itu sebagai satu cabaran yang perlu disahut demi pasukan Lembah Klang itu.

Ad

“Pada musim ini, saya sedikit marah dengan pengurusan (pasukan) dan jurulatih. Ini kerana pada hemat saya (ketika itu), tiada alasan untuk letakkan saya sebagai penyerang,” katanya kepada Nadi Arena.

“Jadi, saya jadikan itu sebagai satu cabaran dan mula menjaringkan gol. Selepas itu, saya rasa cukup baik dan saya beritahu beliau, tiada masalah untuk letakkan saya sebagai penyerang.

“Saya bermain di situ sepanjang musim. Malah, dalam skuad kebangsaan, jurulatih juga selalu minta saya bermain sebagai penyerang. Saya ambil ia sebagai satu cabaran dan berikan yang terbaik.”

ABK24-25 bakal berlangsung pada 23 April. Tidak kira siapa yang bakal memenangi anugerah Penyerang Tempatan Terbaik, Josue, Morales atau Darren bakal mencipta sejarah tersendiri.

Ini kerana mereka bakal menjadi penyerang bukan Melayu pertama memenangi anugerah itu sejak Liew Kit Kong untuk musim 2007-2008.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments