Pesaing Sabah Di AFC Hadapi Saat Sukar
MakanBola
Sabah Fc
Sponsors

Pesaing Sabah FC di Piala AFC 2023 menghadapi saat sukar apabila diuji dengan pelbagai masalah.

Pasukan yang menjadi juara Liga 1 Indonesia tahun 2022, PSM Makassar kini menghadapi krisis terutamanya staf dan barisan pemain yang kini tidak menerima gaji.

Ad

Terdapat beberapa luahan yang telah dimuat naik oleh para pemain ke media sosial berikutan masalah yang berlarutan ini.

Ad

Menerusi satu hantaran terbaru yang dikongsikan di laman sosial, ketua jurulatih PSM Makassar, Bernardo Tavares dilihat sedang membantu untuk menyelesaikan masalah pasukan.

Beliau dikesan melakukan lelongan beberapa berangan berharganya termasuklah trofi jurulatih terbaik musim lalu dan juga baju polonya untuk membantu membayar gaji staf dan pemain.

Ad

“Saya akan menjualnya kepada mereka yang membayar paling tinggi. Duit ini bukan untuk saya, duit ini untuk pasukan, staf dan pemain.”

Ad

“Ini untuk membantu PSM Makassar, sekarang dalam fasa yang sukar.”

Ad

Beliau perlu segera memastikan pasukannya berada dalam keadaan terbaik untuk beraksi di kejohanan Asia tidak lama lagi.

Sabah FC akan berdepan PSM Makassar di Stadium Kaptan 1 Wayan Dipta pada 5 Oktober 2023 jam 8 malam.