Advertisement
Pestabola Merdeka: Darren Lok Akui Saingan Sengit Rebut Posisi Penyerang
Harimau Malaya
MakanBola
FA MALAYSIA

Penyerang berbisa Sabah, Darren Lok akui saingan merebut posisi penyerang skuad negara semakin sengit kali ini. 

Pemain berusia 33 tahun ini optimis tetap akan berikan yang terbaik sama ada dalam kesebelasan utama ataupun turun sebagai pemain gantian.

Beliau yang baru sahaja pulih dari kecederaan tempoh hari percaya boleh buktikan sesuatu kepada pasukan negara.  

“Saya sentiasa berbangga untuk terus beraksi bersama skuad negara dan germbira kerana kembali pulih dari kecederaan. 

“Penyerang yang dipilih kali ini kesemuanya sangat hebat, setiap penyerang mempunyai kekuatan masing-masing. Saya merasakan saya mampu memberikan sesuatu yang baik untuk Malaysia.

“Meskipun ketika ini menjadi pemain utama masih belum diketahui. Saya tidak kisah sama ada diturunkan dalam kesebelasan utama atau sebaliknya saya akan berikan yang terbaik,” kata Darren di kem latihan pusat Harimau Malaya hari ke-5 di Wisma FAM, Petaling Jaya. 

Bercakap mengenai taktikal pasukan, Darren Lok memandang positif dengan apa yang telah terjadi. Beliau mewakili rakan sepasukan percaya akan kredibiliti Pau Marti dan barisan kejurulatihan yang lain.

Tambahnya, rata-rata pemain yang dipanggil oleh Pau Marti Vincente merupakan skuad yang beraksi di Tri-Nation Tournament 2022.

“Panggilan skuad kali ini rata-rata pemain yang sama serta Jurulatih terbaru, Pau Marti mengambil alih kekosongan yang ditinggalkan Kim Pan-gon, kami semua sangat senang bersama beliau, bagaimana cara untuk bekerja bersamanya.” Katanya lagi. 

“Sistem sama, pelan yang sama dengan masa yang tidak mencukupi. Setiap jurulatih ada gaya permainan tersendiri, mungkin ada perubahan namun kesemua pemain sudah bersedia dengan itu.

Malaysia akan memulakan kempen Pestabola Merdeka pada 4 September 2024 ini berdepan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil jam 9 malam.