Aksi Pestabola Merdeka 2024 menyaksikan Malaysia diundi bertemu Filipina.
Skuad kendalian Pau Marti Vicente bakal memulakan tugas pertama selepas pemergian Ketua Jurulatih, Kim Pan-gon.
Harimau Malaya kini dalam misi untuk kembali mendapatkan momentum terbaik selepas teringkir pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026.
Berdasarkan undian yang aksi Pestabola Merdeka 2024 yang dijalankan, skuad negara diundi berdepan
Tajikistan kini berada pada kedudukan ke-103 dunia sementara Lubnan di tangga ke-116 dunia.
Kedudukan ini diikuti oleh Malaysia (134 dunia) dan juga Filipina (147 dunia) sekaligus merancakkan lagi pertembungan kali ini.
Pestabola Merdeka 2024 Edisi Ke-43 secara rasminya akan dilangsungkan ketika Kalendar Perlawanan Antarabangsa FIFA yang akan datang iaitu antara 2 hingga 10 September 2024 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Empat pasukan ini diundi bagi menentukan lawan masing-masing pada perlawanan pertama iaitu Separuh Akhir 1 (Malaysia vs Filipina) dan 2 (Lubnan dan Tajikistan ) dengan kedua-dua pasukan beraksi pada 4 September 2024.
Aksi ini disusuli perlawanan kedua iaitu Final yang menemukan pemenang separuh akhir 1 dan 2 serta Penentuan Tempat Ketiga di antara dua pasukan yang kalah pada Separuh Akhir 1 dan 2.
Ini merupakan kali pertama Pestabola Merdeka berjaya dianjurkan secara berturut-turut selepas tempoh 16 tahun.
Kali terakhir kejohanan ini diadakan berturut-turut pada 2006, 2007 dan 2008, sebelum ia diadakan pada 2013 dan kembali selepas 10 tahun penganjurannya pada edisi tahun lalu, 2023.
Malaysia kini dalam pemburuan mata FIFA untuk memperbaiki kedudukan bagi memasuki balang 1 undian Kelayakan Piala Asia 2027.