“Petaling Jaya Menjadi Tempat Latihan JDT” – Boys Of Straits
Liga Super
Boys Of Straits
Advertisements

Kemenangan bergaya 4-0 Johor Darul Ta’zim (JDT) ke atas musuh tradisi, Selangor FC semalam ternyata memberikan seribu satu persoalan tentang skuad ‘Gergasi Merah’ tahun ini. Walaupun berjaya mengikat JDT tanpa jaringan pada separuh masa pertama, mereka melepaskan empat gol di separuh masa kedua.

Dengan kemenangan itu, JDT kini gah di persada liga dengan mencatatkan rekod bersih kemenangan dalam kesemua lima perlawanan yang dilalui. Lebih manis lagi, mereka hanya dibolosi satu gol sahaja setakat ini.

Mengulas kemenangan bergaya JDT semalam, kumpulan penyokong JDT yang dikenali dengan gelaran Boys Of Straits (BOS) nyata tidak terkejut dengan kemenangan besar itu. Malah mereka menganggap Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebagai salah satu padang latihan untuk pasukan JDT.

Advertisements

“Seperti kelaziman Petaling Jaya (Stadium MBPJ) menjadi tempat latihan untuk keluarga kami, Johor Darul Ta’zim,” coret BOS dalam muat naik di laman Facebook mereka.

Untuk rekod, kali terakhir Selangor berjaya menewaskan JDT di laman sendiri adalah pada musim 2017 di mana menyaksikan Selangor menang dengan keputusan 2-1. Selepas perlawanan tersebut, rekod perlawanan di antara JDT dan Selangor lebih memihak kepada JDT sehingga ke hari ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram