Ads
Harimau Malaya
Azri/Makanbola

Kemenangan Tajikistan ke atas Malaysia dalam pentas akhir Pestabola Merdeka semalam nyata mengejutkan ramai pihak lebih-lebih lagi Tajikistan menurunkan rata-rata pemain muda mereka tanpa 15 tonggak utama pasukan.

Advertisements

Bagi jurulatih Tajikistan, Petar Segrt, beliau merasakan pemain-pemain muda Tajikistan yang diturunkan telah memberikan segalanya demi mencapai kemenangan. Ini menandakan Tajikistan tidak ketandusan bakat.

Advertisements

“Satu perkara yang penting untuk Tajikistan adalah, anak-anak muda Tajikistan boleh bermain bola sepak. Mereka ada teknik dan mereka juga punyai kepantasan. Masalah yang ada di Tajikistan adalah organisasi, disiplin, taktikal dan lebih penting adalah masalah fizikal.

Advertisements

Advertisements

“Tetapi kesemua masalah itu akan diatasi oleh jurulatih terutamanya jurulatih kecergasan. Saya akan bertemu dengan persatuan untuk bincangkan bonus buat pemain-pemain ini kerana mereka lakukan kerja dengan baik di sini,” ujar Segrt.

Jurulatih dari Croatia itu juga memberitahu media bahawa perlawanan bertemu Malaysia itu hanya dianggap sebagai perlawanan latihan menjelang Piala Asia yang dijadualkan Januari 2024.

Advertisements

“Maaf untuk saya katakan di sini bahawa perlawanan ini (menentang Malaysia) hanyalah bagi saya sebagai satu perlawanan persiapan latihan untuk ke Piala Asia. Ini kerana Piala Asia untuk Tajikistan adalah lebih mustahak berbanding Kelayakan Piala Dunia,” jelas Segrt lagi.

Advertisements

Tajikistan akan melalui dua perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 pada November ini dengan bakal menentang Jordan dan Pakistan sebelum ke Piala Asia. Di pentas Piala Asia, Tajikistan diletakkan di dalam kumpulan A bersama-sama tuan rumah Qatar, China dan Lubnan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram