Petar Šegrt Tak Nafi Kemungkinan Sertai Kelab ASEAN
Asia Tenggara
Azri / MakanBola
Advertisements

Ketua jurulatih Tajikistan, Petar Segrt tak menolak kemungkinan bakal kembali menempa nama di Asia Tenggara.

Ketika ditanya wartawan NST, K Rajan dalam sesi sidang media selepas perlawanan, jurulatih dari Crotia ini menganggap sukan ini kadang tidak terjangka apa akan jadi dan apa-apa boleh berlaku dalam bola sepak.

“Kontrak saya bersama Tajikistan akan tamat selepas kempen Piala Asia. Dalam bola sepak kita tak jangka. Saya juga boleh berbahasa Malaysia sedikit, kita tengok nanti bagaimana.”

Advertisements

Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa fokusnya kini tertumpu kepada Tajikistan. Beliau mahu membawa Tajikistan mara lebih jauh di pentas Piala Asia 2024.

“Ketika ini saya faham ramai berminat untuk bercakap tentang ini namun fokus saya kini untuk Tajikistan.”

“Kami bakal bertemu Jordan dan Pakistan di kempen Kelayakan Piala Dunia 2026. Dengan pemain-pemain sedia ada ini, mereka telah berjaya menangi hati saya. Jadi saya akan berikan sepenuhnya untuk Tajikistan.

Advertisements

Untuk rekod, jurulatih berusia 57 tahun ini pernah menjadi jurulatih kepada dua pasukan dari Indonesia, iaitu Bali Devata pada 2011 dan menjadi pengendali PSM Makassar pada musim 2013. Beliau menyatakan bahawa kontraknya bersama Tajikistan dijangka tamat selepas selesai kempen Piala Asia 2024 di Qatar.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram