Ads
Petar Segrt Terbuka Jadi Ketua Jurulatih Harimau Malaya
Harimau Malaya
Tajikistan FF

Bekas pengendali Tajikistan, Petar Segrt secara terbuka menyatakan minat menggalas peranan jurulatih Harimau Malaya.

Advertisements

Minat jurulatih Croatia itu timbul selepas jurulatih Korea Selatan, Kim Pan-gon mengumumkan peletakan jawatannya sebagai jurulatih skuad kebangsaan Malaysia pada 16 Julai lalu.

Advertisements

Keputusan jurulatih berusia 55 tahun itu dibuat atas sebab komitmen peribadi. Susulan itu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan Pau Marti Vicente sebagai pemangku jurulatih.

Advertisements
Advertisements

Selain dibantu E. Elavarasan sebagai penolong jurulatih, Pau Marti juga akan mendapat sokongan Park Bo-bae (penolong jurulatih), Cho Jun-ho (jurulatih penjaga gol), Park Ji-hyeon (jurulatih kecergasan), Lim Jae-hin, and Lee Je-yeon (penganalisis prestasi).

Dua kejohanan yang bakal menjadi fokus jurulatih Sepanyol itu ialah Pestabola Merdeka 2024 dan ASEAN Championship 2024.

Advertisements

Segrt mengakui bila mendengar berita tersebut, beliau terkejut dengan keputusan Pan-gon. Ini kerana kedua-duanya memiliki hubungan baik di dalam dan luar padang.

Pada masa sama, Segrt juga tidak menolak sekiranya diberi peluang bergelar jurulatih di Malaysia. Ini disebabkan hubungan baiknya dengan FAM terutama dengan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.

“Saya sangat menghormati Pan-gon dan saya mengagumi apa yang telah dilakukannya untuk bola sepak Malaysia dengan menaikkannya menjadi lebih baik daripada sebelumnya.

“Sebagai seorang individu, amat seronok berbual dengan beliau di dalam dan luar padang serta kami sentiasa saling menghormati antara satu sama lain.

“Selain itu, saya juga menyukai penyokong dan orang-orang di Malaysia kerana mereka selalu ramah setiap kali saya singgah di Kuala Lumpur. Ya, saya sentiasa mahu mencuba (bergelar jurulatih) di Malaysia,” katanya kepada portal Scoop.

Bekas pengendali Afghanistan itu turut mendedahkan beliau ada menerima tawaran daripada beberapa kelab di Eropah selepas meninggalkan Tajikistan.

Walau bagaimanapun, semua tawaran itu ditolak kerana Segrt merasakan dirinya lebih sesuai bergelar jurulatih skuad kebangsaan di peringkat antarabangsa.

Atas sebab itu, jurulatih berusia 57 tahun itu bersedia mendengar tawaran kejurulatihan daripada mana-mana negara termasuk Malaysia.

“Walaupun menerima tawaran daripada beberapa kelab Eropah sejak beberapa bulan lalu, saya lebih suka tidak terikat dengan mana-mana kelab itu, kerana saya sentiasa mahu melatih pasukan kebangsaan yang sentiasa menjadi keutamaan saya.

“Saya masih bebas dan terbuka kepada mana-mana pasukan kebangsaan. Setakat ini, FAM masih belum menghubungi saya untuk apa-apa tetapi saya tidak akan mengatakan tidak jika mereka menghubungi saya untuk peranan itu.

“FAM mempunyai nombor saya dan saya tidak akan teragak-agak untuk menjawab panggilan mereka,” tambahnya.

Selain Tajikistan dan Afghanistan, Segrt pernah melatih PSM Makassar, SV Ried, Maldives dan Wiener Sportklub.

Semasa bersama Tajikistan, beliau bukan saja membantu mereka layak ke suku akhir Piala Asia 2023 dan bergelar juara Pestabola Merdeka 2023.

Advertisements

Malah, magis Segrt menyaksikan mereka meraih kedudukan ke-99, kedudukan terbaik dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram