Advertising
Peter Cklamovski Amal Prinsip Pintu Terbuka
MakanBola
FC Tokyo

Pengendali baharu Harimau Malaya, Peter Cklamovski mengamalkan prinsip pintu terbuka dalam memilih pemain menyertai pasukan itu.

Jurulatih Australia berusia 46 tahun itu menyatakan pendiriannya susulan keinginan ramai pihak terutama penyokong melihat lebih ramai pemain muda dalam skuad negara.

Ad

Ini ditambah ramai pemain tonggak Harimau Malaya sudah mencecah usia 30-an seperti Paulo Josue (36 tahun), Brendan Gan (37 tahun), Corbin Ong (34 tahun), Darren Lok (34 tahun) dan Daniel Ting (33 tahun).

Ad

Cklamovski berpandangan seandainya ada pemain muda yang dipanggil menyertai Harimau Malaya, maka mereka cukup matang untuk merebut slot kesebelasan utama pasukan.

“Jika anda cukup baik, anda sudah cukup matang. Saya menilai pemain secara individu,” katanya.

Ad

Pada masa sama, bekas pengendali FC Tokyo itu tetap membuka ruang kepada pemain veteran dipanggil menyertai skuad kebangsaan.

Ad

Ini kerana tugasnya ialah memastikan setiap pemain yang dipanggil menunjukkan peningkatan. Ini merupakan kunci kepada pembentukan skuad mantap terutama menjelang kempen kelayakan Piala Asia 2027.

Ad

“Cita-cita saya ialah memastikan setiap pemain (yang dipanggil) bertambah baik. Kami boleh menambah baik (kualiti) pemain secara individu,” tambahnya.

“Ini akan menyumbang kepada (pembentukan) pasukan yang lebih kuat. Dan sekali lagi, cita-citanya ialah jadi lebih baik setiap hari. Kita takkan biarkan semua perkara yang tidak terusik tanpa melakukan perubahan.”

Cklamovski kini fokus merencana persediaan menghadapi lawan pertama Malaysia dalam Kumpulan F, Nepal.

Kedua-dua pasukan bakal bertemu di Kathmandu, Nepal pada 25 Mac ini. Aksi ini juga bakal menjadi aksi antarabangsa pertama Cklamovski bersama Harimau Malaya.