Ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Peter Cklamovski memberi bayangan mengenai seorang lagi pemain warisan yang bakal menyertai Harimau Malaya.
Skuad negara beraksi cemerlang ketika menewaskan Nepal pada aksi Kumpulan F, Kelayakan Piala Asia 2027 dengan keputusan 2-0.
Harimau Malaya menerima sentuhan dua orang pemain warisan iaitu perancang tengah Portimonense, Hector Hevel dan juga pertahanan kental Sepanyol, Gabriel Palmero.
Khabar mengenai seorang lagi tonggak warisan yang berpotensi untuk memperkuat pasukan kebangsaan telah dibongkarkan oleh pengendali kelahiran Australia itu.
Perkara ini disahkan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam berhubung status seorang lagi tonggak warisan Harimau Malaya iaitu Jon Irazabal.
“Saya harap dia dapat menyertai kem skuad kebangsaan selepas ini”, ujar Cklamovski berkenaan Jon Irazabal.
Sebelum ini, DYAM Tunku Ismail telah mengesahkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya 7 orang lagi pemain warisan baharu Harimau Malaya yang bakal menyertai pasukan selepas ini.