Peter Cklamovski Gembira Dengan Keserasian Segera Pemain Harimau Malaya
MakanBola
Malaysia NT
Sponsors

Pengendali Harimau Malaya, Peter Cklamovski mengakui gembira melihat barisan anak buahnya serasi dalam masa yang singkat.

Aksi kelayakan Piala Asia 2027 menyaksikan skuad negara diperkuatkan dengan kehadiran Hector Hevel dan Gabriel Palmero.

Ad

Hevel kemudiannya dipilih beraksi dalam kesebelasan utama menentang Nepal. Meskipun baru beraksi bersama buat kali pertama, keserasian yang dipamerkan mereka membantu Malaysia meraih kemenangan 2-0.

Ad

Atas sebab itu, Cklamovski berharap aspek ini dapat terus dimantapkan dalam aksi kelayakan seterusnya selepas ini.

“Saya bangga dengan para pemain kerana dalam (tempoh) kem yang singkat bersama, apa yang kita usahakan terserlah menerusi persembahan mereka.

Ad

“Kita mendapat ganjaran kita (kemenangan ke atas Nepal), kita ada banyak kerja yang perlu dilakukan,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Ad

Kemenangan 2-0 Harimau Malaya terhasil menerusi gol Hector Hevel dan La’Vere Corbin Ong. Itu sudah cukup meletakkan Malaysia di tangga kedua kumpulan di belakang Vietnam.

Ad

Harimau Malaya kini bersiap sedia untuk aksi menentang Pahlawan Bintang Emas pada 10 Jun ini.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments