Advertising
Peter Cklamovski Hadapi Cabaran Atasi Standard Kim Pan-gon
MakanBola
FC Tokyo/FA Malaysia
Sponsors

Pengendali baharu Harimau Malaya, Peter Cklamovski bakal berdepan cabaran mengatasi standard yang ditetapkan pengendali sebelumnya, Kim Pan-gon.

Perkara ini disuarakan bekas pemain pertahanan kebangsaan, Razman Roslan semasa menjadi panel program Nindia baru-baru ini.

Ad

Razman berpandangan sedemikian kerana Pan-gon telah meletakkan standard yang tinggi iaitu layak ke saingan Piala Asia secara merit.

Ad

Pada masa sama, struktur pengurusan Harimau Malaya turut mengalami perubahan radikal pada Disember 2024.

Selain Cklamovski, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) turut melantik Nafuzi Zain dan Rob Friend sebagai ketua jurulatih Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pasukan

Ad

Razman melihat dengan perubahan tersebut, penyokong menjangkakan standard yang ditetapkan sebelum ini dapat diatasi atau dicapai.

Ad

“Kita lihat dengan pelantikan jurulatih baru (Peter Cklamovski), sebenarnya standard yang diletakkan Kim Pan-gon tinggi iaitu layak ke Piala Asia,” katanya.

Ad

“Dengan kedatangan jurulatih baru dan CEO baru yang dilantik, sudah pasti rakyat Malaysia mahukan (pencapaian) lebih tinggi atau pun sama.”

Antara sasaran yang perlu dipenuhi Cklamovski ialah membawa Harimau Malaya ke Piala Asia 2027 dan berada dalam kelompok 100 pasukan terbaik dunia.

Walaupun Razman mengakui sasaran FAM itu sedikit sebanyak memberi tekanan kepada bekas jurulatih FC Tokyo itu, beliau percaya sasaran tersebut boleh dicapai.

“Kalau KPI yang diletakkan ialah layak ke Piala Asia dan berada dalam kelompok 100 pasukan terbaik dunia, bagi saya, satu tekanan yang perlu dicapai dan bukan mudah,” tambahnya.

“Kalau semua orang memainkan peranan baik CEO baru, jurulatih baru, pemain, Coach Nafuzi pun bekalkan pemain (muda berkualiti), tidak mustahil perkara itu berlaku.”

Cklamovski memulakan tugas secara rasmi pada 1 Januari. Beliau kini fokus untuk mempersiapkan pasukan menjelang aksi pertama pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027.

Aksi Malaysia menentang Nepal pada 25 Mac ini bakal menjadi aksi pertamanya selaku pengendali pasukan.