Peter Cklamovski & Nafuzi Zain Tinjau Aksi Bakat Muda Malaysia
MakanBola
MNT/KDAFC
Sponsors

Peter Cklamovski dan Nafuzi Zain hadir meninjau aksi terbaru Piala MFL antara Selangor FC dan KL City FC Extension baru-baru ini.

Ini selepas Malaysia NT memuat naik video kehadiran Cklamovski dan Nafuzi di Stadium MBPJ pada 10 April lalu.

Ad

Jurulatih Harimau Malaya itu hadir bersama Ketua Prestasi Tinggi dan Perubatan Sukan Harimau Malaya, Dr Craig Duncan dan penganalisis Jepun, Seiya Imazaki.

Ad

Nafuzi yang juga ketua jurulatih Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23) diiringi dua bekas pemain kebangsaan, Hairuddin Omar dan Shukor Adan. Turut hadir ialah pengurus skuad kebangsaan, Zul Fadli Rozi.

Kehadiran dua figura ini bertujuan menilai pemain mana yang berpotensi menyertai skuad kebangsaan terutama skuad Malaysia B-23.

Ad

Antara pemain yang dilihat menyerlah dalam perlawanan tersebut ialah Haykal Danish Mohd Haizon (Selangor), Aiman Hakimi Othman (Selangor), Amreel Iqbal Hafiz (KL City Extension) dan Aqil Asyraaf Noor Azhar (KL City Extension).

Ad

Aksi itu turut menyaksikan kehadiran beberapa pemain kebangsaan seperti Paulo Josue, Azri Ghani dan Zikri Khalili.

Ad

Aksi tersebut berakhir dengan kemenangan 4-3 memihak kepada KL City Extension. Keputusan ini menyaksikan Selangor terlepas peluang memintas kembali Johor Darul Ta’zim (JDT) II di persada liga Piala MFL.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments