Peter Cklamovski Tepati Janji Buat Harimau Malaya
MakanBola
Malaysia NT

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski menunaikan janji bersama pasukan kebangsaan.

Baru-baru ini, jurulatih kelahiran Australia itu telah mengumumkan senarai 38 orang pemain yang dipanggil untuk ke kem latihan pusat Harimau Malaya bermula 18 Mei ini.

Beliau membuat kejutan apabila menyenaraikan seramai 38 orang pemain dan mengekalkan 26 orang pemain daripada panggilan kem bulan Mac lalu.

Bekas jurulatih FC Tokyo ini menepati janjinya untuk membuka ruang kepada lebih ramai pemain muda untuk bersama pasukan kebangsaan apabila menyenaraikan beberapa pemain muda berbakat dalam senarai panggilan kali ini.

“Kalau lihat tempoh saya di FC Tokyo, saya beri peluang kepada 13 pemain buat penampilan pertama. Semua berumur bawah 21 tahun, sembilan daripadanya datang dari akademi kelab.

“Jadi, saya tidak takut memberi peluang kepada pemain-pemain muda,” katanya semasa menjadi tetamu Bola Itu Life.

Antara yang mencuri tumpuan ialah dua pemain muda Johor Darul Ta’zim (JDT) ll, Alif Ahmad dan Shafizan Arshad mendapat peluang bersama-sama duo Selangor ll, Haykal Danish dan Aiman Hakimi.

Bukan itu sahaja, beliau turut memberikan peluang kepada beberapa lagi pemain muda seperti Fergus Tierney, Muhammad Abu Khalil termasuk Haqimi Azim yang sudah menjadi pemain utama bersama KL City FC turut diberi peluang.

Kem latihan pusat Harimau Malaya kali oni dipecahkan kepada tiga fasa dengan fasa pertama bermula pada Ahad, 18 Mac ini dengan 28 pemain dipanggil.

Fasa dua pula melibatkan penambahan 8 orang pemain bakal hadir sebelum dua lagi tonggak penting iaitu Hector Hevel dan Dion Cools pada 1 Jun 2025.