Ads
Philippe Troussier Dedah Sebab China Dibelasah Jepun
Asia
Vietnam FF

Bekas pengendali Jepun, Philippe Troussier berkongsi beberapa faktor di sebalik kekalahan besar China di tangan Jepun baru-baru ini.

Advertisements

Jepun terus membuktikan status mereka sebagai gergasi bola sepak Asia dengan membelasah Dragon Team 7-0 di Stadium Saitama pada 5 September lalu.

Advertisements

Gol The Blue Samurai disumbangkan oleh Wataru Endo, Takumi Minamino, Kaoru Mitoma, Junya Ito, Daizen Maeda dan Takefusa Kubo.

Advertisements
Advertisements

Kekalahan besar ini turut mencetuskan kemarahan penyokong China terhadap barisan anak buah Branko Ivankovic itu. Ini kerana mereka tidak menjangkakan Dragon Team menjadi mangsa belasahan anak buah Hajime Moriyasu.

Troussier yang pernah melatih beberapa kelab China seperti Shenzhen Ruby dan Hangzhou Greentown melihat perkara ini berlaku disebabkan perbezaan taraf kedua-dua pasukan terutama dari segi persekitaran permainan.

Advertisements

“Kebanyakan pemain Jepun menetap dan bermain di Eropah dengan bilangan pemain China bermain di luar negara dilihat seakan tiada.

“Selain itu, pemain-pemain Jepun juga berlatih bersungguh-sungguh danbermain dalam pertandingan bertaraf tinggi seperti Liga Perdana Inggeris (EPL), Ligue 1 atau Bundesliga.

“Kelab-kelab domestik Jepun pula menyertai Liga Juara-Juara AFC (ACL). Jika diberi masa, prestasi pemain-pemain Jepun dalam kejohanan antarabangsa akan jadi lebih matang dan lebih penting lagi, menjadikan mereka lebih yakin,” katanya kepada 163.com seperti dilaporkan TheThao247.

Troussier turut berharap agar Persatuan Bola Sepak China (CFA) memberi masa dan ruang kepada Ivankovic untuk membentuk skuad yang mantap. Ini kerana kekerapan badan induk itu melakukan perubahan dari segi jurulatih menyukarkan usaha pembentukan pasukan China yang stabil.

Ini sama sekali berbeza dengan Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) yang terus memberi kepercayaan kepada Moriyasu untuk membimbing The Blue Samurai.

“Setiap pasukan memerlukan masa untuk membina taktik untuk bersaing. Pasukan Jepun tidak mengubah jurulatih dengan mudah dan sentiasa mempercayai Moriyasu.

“Jurulatih pasukan China (Ivankovic) baru saja mengambil alih pasukan itu untuk pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026 tidak lama dahulu. Ini juga satu masalah. Pasukan China perlukan masa,” tambahnya.

Advertisements

Troussier bukan asing dengan Jepun kerana pernah melatih pasukan itu dari 1998 hingga 2002. Tugas terakhirnya ialah sebagai pengendali Vietnam dari 2023 hingga 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram