Piala AFC: KL City Mara Ke Final Tewaskan Viettel
Dunia
KL City
Advertisements

Kuala Lumpur City FC (KL City) mara ke final zonal Piala AFC dengan menundukkan kelab Vietnam, Viettel FC 7-6 melalui penentuan sepakan penalti selepas seri tanpa jaringan dalam 120 minit permainan.

Viettel bermula garang apabila menguasai perlawanan dalam tempoh 10 minit pertama dan berjaya melepaskan beberapa percubaan namun benteng KL City dilihat ampuh bertahan.

Peluang keemasan KL City hadir pada minit ke-32 melalui sepakan percuma dari Paulo Josue namun pernjaga gol Viettel berjaya menumbuk keluar.

Advertisements

Viettel meneruskan penguasaan bola dengan saling bertukar-tukar hantaran pendek namun buntu untuk mencetak gol.

Kedudukan kekal tanpa jaringan sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Viettel terus mempamerkan corak permainan dengan penguasaan penuh manakala KL City lebih gemar menanti untuk serangan balas.

Advertisements

KL City hampir mengejutkan Viettel apabila pada minit ke-75 Romel Morales membuat tandukan mengelirukan namun penjaga gol Viettel berjaya menafikan percubaan tersebut.

Di penghujung perlawanan kedua-dua pasukan meningkatkan tempo permainan dengan saling menyerang namun kedudukan kekal tanpa jaringan sehingga wisel 90 minit permainan ditiup sekaligus membawa perlawanan ke masa tambahan.

30 minit masa tambahan memperlihatkan Viettel lebih banyak mengasak ke kubu KL City dengan KL City masih bergelut untuk melepaskan percubaan ke gawang Viettel. Ryan Lambert mempunyai peluang keemasan pada minit ke-106 namun rembatan derasnya berjaya diselamatkan penjaga gol.

Advertisements

Kedua-dua pasukan buntu dan perlawanan berlanjutan ke penentuan sepakan penalti. Pada aksi sepakan penalti, Irfan Zakaria gagal menyempurnakan buat KL City namun Azri Ghani menjadi wira menyelamatkan sepakan penalti ketujuh Viettel sekaligus membawa KL City mara ke final.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram