Indonesia mara ke perlawanan akhir Piala AFF 2020 selepas berjaya menewaskan Singapura 4-2 (5-3 agregat) di Stadium Nasional Singapura.
Singapura yang tertekan selepas diberikan dua kad merah berjuang sebaik mungkin disebalik kekurangan pemain seawal separuh masa pertama namun Singapura terpaksa menerima hakikat kekuatan Indonesia yang ternyata memiliki kelebihan dari segala segi.
Indonesia bermula garang menerusi jaringan Ezra Walian pada minit ke-11 selepas menerima hantaran cantik Witan Sulaeman.
Singapura walaubagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-45 menerusi jaringan Song Ui-young walaupun beraksi dengan 10 pemain selepas Safuwan Baharudin dilayangkan kad merah.
Bersambung babak ke-2 perlawanan seimbang namun Singapura dikejutkan dengan kad merah ke-2 selepas pengadil perlawanan mengesan kekasaran dilakukan oleh Irfan Fandi.
Singapura yang mengendurkan permainan berjaya memperoleh jaringan ke-2 menerusi sepakan percuma cantik dilakukan Shahdan Sulaiman pada minit ke-74.
Pratama Arhan bagaimanapun menjadi duri dalam daging buat pasukan Singapura menerusi jaringan penyamaannya pada minit ke-87.
Singapura berpeluang memperoleh jaringan minit-minit terakhir perlawanan namun sepakan penalti Faris Ramli berjaya diselamatkan penjaga gawang Indonesia, Nadeo Argawinata.
Bersambung ke masa tambahan, Indonesia berjaya memperoleh jaringan ke-3 selepas pemain gantian Singapura, Shawal Anuar tertampan bola ke gawang sendiri.
Perlawanan berakhir dengan Indonesia layak ke perlawanan akhir Piala AFF 2020 dan menanti pasukan Garuda Merah ini adalah Thailand atau Vietnam yang akan bertemu sesama sendiri pada esok (Ahad).