Malaysia gagal mengekang kecemerlangan Vietnam dengan kekalahan pertama kejohanan Piala AFF 2020.
Vietnam bermula garang menerusi jaringan pemain paling bernilai Vietnam, Nguyen Quang Hai pada minit ke-32. Gerakan tiga segi Vietnam dari sebelah kiri berjaya disudahkan cemerlang kem Vietnam.
Selang beberapa minit kemudian, Vietnam menambah jaringan menerusi sepakan Nguyễn Công Phượng. Kegagalan Shahrul Saad menahan lorongan pemain Vietnam dihukum dengan jaringan ke-2 Vietnam.
Bersambung babak ke-2 Malaysia cuba mengatur serangan mencari gol pertama namun semuanya seperti tidak menjadi malah Vietnam menambah derita pasukan Harimau Malaya menerusi jaringan ke-3 Nguyễn Hoàng Đức pada minit ke-89.
Perakhir berakhir dengan Vietnam berjaya menewaskan Malaysia 3-0.