Piala AFF: Malaysia ‘Ayamkan’ Kemboja
Piala AFF
FA Malaysia
Advertisements

Malaysia menetapi ramalan dengan kemenangan bergaya ke atas Kemboja 1-3 di Singapura.

Safawi Rasid hampir menjaringkan gol seawal minit ke-7 namun rembatan kaki kirinya berjaya ditepis penjaga gawang Kemboja, Keo Soksela.

Safawi Rasid membuka jaringan awal pada minit ke-23 menerusi sepakan panalti selepas Akhyar Rashid dikasari Ken Chansopheak di dalam kotak penalti.

Advertisements

Selepas memperoleh jaringan tersebut, Tan Cheng Hoe membuat pertukaran awal memasukkan Mukhairi Ajmal menggantikan Junior Eldstal.

Bersambung babak ke-2 Malaysia memperkemaskan asakan dan berjaya menambah jaringan pada minit ke-61 menerusi gerakan cantik yang disudahkan kemas oleh Akhar Rashid.

Kogileswaran Raj menambah derita Kemboja pada minit ke-78 menerusi penyudah cantik selepas menerima hantaran Luqman Hakim.

Advertisements

Kemboja berjaya merapatkan jurang menerusi sepakan penalti Sath Rosib pada masa kecederaan.

Malaysia bakal bertemu Laos Khamis ini jam 5.30 petang.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram