Hasrat Vietnam untuk mara ke perlawanan akhir Piala AFF 2020 tidak kesampaian setelah seri 0-0 bertemu Thailand dalam aksi ke-2 separuh akhir Piala AFF dan tewas secara agregat 0-2.
Disebalik aksi bertenaga pasukan Vietnam dalam separuh akhir ke-2, namun disiplin pemain Thailand dalam bertahan dan melakukan asakan berjaya mengekang juara bertahan tersebut.
Thailand akan bertemu Indonesia dalam aksi final yang dijadualkan berlangsung pada Rabu (29 Disember) ini di Stadium Nasional Singapura.
Indonesia sebelum ini berjaya menewaskan Singapura sekaligus layak ke final dan berpeluang menjuarai kejohanan dwi-tahunan ini buat kali pertama dengan aksi mantap pemain mudanya.