Piala Asia 2023: 4 Pasukan Tempat Ke-3 Peringkat Kumpulan Akan Layak Ke Pusingan Kalah Mati
MakanBola
Karim Sahib / AFP
Sponsors

24 pasukan telah mengesahkan tempat ke pusingan akhir Piala Asia 2023 dan akan berentap dalam 6 kumpulan yang ditentukan selepas majlis undian dilakukan oleh pihak Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) nanti.

Format pertandingan kejohanan edisi 2023 ini akan meletakkan 4 buah pasukan dalam 6 kumpulan, dan pasukan yang muncul juara serta naib juara kumpulan secara automatik akan layak ke peringkat kalah mati.

Ad

Namun, sehingga artikel ini ditulis, tidak ramai yang tahu bahawa 4 pasukan tempat ke-3 peringkat kumpulan juga akan layak ke pusingan kalah mati bagi mencukupkan jumlah 16 buah pasukan yang layak.

Ad
Piala Asia 2023 Piala Asia 2023: 4 Pasukan Tempat Ke-3 Peringkat Kumpulan Akan Layak Ke Pusingan Kalah Mati

Nota: Maklumat ini telah diambil dari buku peraturan pertandingan yang dikeluarkan secara rasmi oleh pihak Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sebagai rujukan.

Kedudukan Malaysia dijangka tidak berubah dan akan menghuni pot 4 undian Piala Asia 2023 nanti bersama 5 lagi pasukan lain.

Ad

Kita hampir membenam Bahrain dan UAE dalam tempoh 1-2 tahun ini dan persiapan rapi perlu diatur bagi membolehkan Malaysia sekurang-kurangnya mencatat kemenangan berdepan pasukan dalam pot 3 nanti.

Ad

Pasukan mana yang berada dalam pot 3 undian Piala Asia 2023 sebenarnya? Mari kita lihat.

Ad
2022 06 16 22h48 13 Piala Asia 2023: 4 Pasukan Tempat Ke-3 Peringkat Kumpulan Akan Layak Ke Pusingan Kalah Mati

Dari senarai diatas, kita dapat tahu bahawa Lebanon, Uzbekistan, Bahrain, Jordan, Kyrgyzstan dan Palestine adalah musuh yang perlu diatasi. Kita ada 1 tahun untuk buat persiapan.

Semoga Kim Pang-gon mampu memiliki skuad yang terbaik untuk dibawa ke Piala Asia 2023 nanti dan mempamerkan aksi terpuji berdepan pasukan yang dilihat lebih baik kualitinya.

Piala Asia 2023, kami datang!