Piala Asia 2023 Berlangsung Seawal Januari Tahun Hadapan
Asia
Khairul / MakanBola
Advertisements

Selepas beberapa lama berteka-teki tentang jadual Piala Asia 2023, tarikh penganjuran kejohanan akhirnya didedahkan hari ini. Piala Asia 2023 bakal berlangsung pada Januari tahun depan atau lebih tepat, 12 Januari hingga 10 Februari 2024.

Pengumuman ini dibuat oleh Persatuan Bola Sepak Qatar (QFA) hari ini menurut laporan Qatar News Agency. Selain mengumumkan tarikh kejohanan, QFA turut mengumumkan pembentukan jawatankuasa penganjur tempatan (LOC) yang dipengerusikan oleh  Sheikh Hamad bin Khalifa bin Ahmed Al Thani.

Jawatankuasa ini bertanggungjawab mengatur logistik sepanjang kejohanan. Sebelum ini, Piala Asia 2023 sepatutnya dianjurkan di China tetapi China terpaksa menarik diri berikutan protokol Covid-19 yang ketat.

Advertisements

Qatar kemudiannya dipilih sebagai tuan rumah selepas berjaya menewaskan bidaan daripada Korea Selatan dan Indonesia untuk mendapatkan hak penganjuran Piala Asia 2023.

Pengumuman tarikh ini amat membantu semua negara peserta termasuk Malaysia. Ini bagi membolehkan persiapan skuad senior dapat diatur sebaik mungkin tanpa mengganggu perjalanan liga domestik negara-negara masing-masing.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram