Piala Asia Futsal: Arab Saudi ‘Tunggu’ Malaysia
UltraSukan
FA Malaysia

Pasukan Asia Barat, Arab Saudi bakal menanti skuad futsal Malaysia dalam Kumpulan D Piala Asia Futsal 2026.

Ini kerana pasukan itu mampu menjadi penentu buat anak buah Addie Azwan Zainal untuk mara ke peringkat suku akhir atau tidak.

Selain pasukan ke-45 dunia itu, Malaysia juga akan berdepan cabaran juara Asia, Iran dan pasukan ke-28 dunia, Afghanistan.

Meskipun begitu, Malaysia memiliki kebolehan mencipta kejutan ke atas lawan yang memiliki ranking FIFA yang lebih baik.

Ini terbukti dalam acara futsal Sukan SEA 2025. Malaysia mencipta kejutan dengan menewaskan Vietnam 4-2 sebelum membelasah Myanmar 8-1.

Pencapaian ini bukan calang-calang kerana Vietnam dan Myanmar masing-masing berada di kedudukan ke-20 dan 60 dunia.

Ini dijangka memberi keyakinan kepada anak buah Addie Azwan untuk tampil cemerlang di pentas Piala Asia Futsal 2026.

Malaysia akan membuka kempen Kumpulan D dengan menentang Iran pada 28 Januari ini. Aksi ini menyaksikan kedua-dua pasukan kembali bertemu selepas berentap di pusingan kelayakan Piala Asia Futsal pada September 2025.