Piala Asia Sepak Takraw: Malaysia Selesa Tewaskan Nepal
UltraSukan
Persatuan Sepaktakraw Malaysia
Sponsors

Malaysia membuka kempen acara regu Piala Asia Sepak Takraw 2025 dengan langkah kanan apabila menewaskan Nepal dalam aksi pertama Kumpulan D.

Selepas berjaya meraih gelaran juara dalam acara kuadran, kem negara berharap dapat meneruskan kecemerlangan dalam acara regu.

Ad
Sponsors

Malaysia mempertaruhkan Haziq Nizam sebagai tekong, Azlan Alias (killer) dan Farhan Adam (feeder).

Ad

Nepal pula menurunkan Bijay Mahato sebagai tekong, Anil Jarga (killer) dan Dipesh Jung (feeder).

Set pertama menyaksikan regu negara mendominasi perlawanan. Regu Nepal seakan tiada jawapan terhadap setiap serangan Malaysia terutama servis yang dibuat Haziq.

Ad

Ini membolehkan Malaysia mendahului pada kedudukan 9-1. Kelebihan tersebut terus dipertahankan regu negara sebelum meraih kemenangan 15-6.

Ad

Sebelum tamat set pertama, kem negara memberi peluang kepada Khairul Aman Mohd Rosdi membuat penampilan dalam acara regu.

Ad

Killer Terengganu Turtles itu membuktikan dirinya berbisa sama seperti Azlan dengan membuat beberapa libasan tepat ke arah gelanggang Nepal.

Kelebihan kedudukan 8-1 mendorong Malaysia memasukkan tekong berpengalaman, Syahir Rosdi menggantikan Haziq. Kelebihan itu terus dipertahankan sebelum meraih kemenangan set kedua dengan keputusan 15-6.

Malaysia bakal menentang negara jiran, Singapura dalam aksi kedua Kumpulan D pada jam 8.00 malam ini.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments