Piala Asia Sepak Takraw: Skuad Quadrant Malaysia Mudah Benam China
UltraSukan
Persatuan Sepaktakraw Malaysia
Sponsors

Skuad Quadrant Malaysia membuka pentas Piala Asia Sepak Takraw dengan menang mudah ke atas China pada Sabtu.

Malaysia dibarisi oleh nama-nama hebat seperti Amirul Zazwan Amir, Afifuddin Razali, Muhammad Fetri Azwadi, Zarif Marican Ibrahim Marican dan Norfaizzul Abd Razak.

Ad
Sponsors

Pada set pertama, permulaan yang agak perlahan buat skuad negara hingga memberikan mata-mata mudah kepada China di awal permainan.

Ad

Walau bagaimanapun, kombinasi pemain Malaysia ini berjaya memperagakan aksi lebih kemas selepas itu untuk menang di set pertama ini 15-10.

Momentum skuad negara itu diteruskan lagi di set kedua apabila mengutip mata demi mata dan meninggalkan lawan dengan jurang besar.

Ad

Ternyata, China tidak mampu lagi untuk menahan asakan tanpa henti skuad negara dan memberikan kemenangan buat Malaysia.

Ad

Keputusan akhir, skuad Quadrant Malaysia menang 15-10, 15-3 ke atas China dalam aksi pertama kumpulan B.

Ad

Selepas ini, Malaysia akan turun menentang Filipina pada jam 8 malam ini di Stadium Tertutup Titiwangsa.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments