Piala Dunia U17: Argentina Buat Jepun Menangis
MakanBola
FIFA World Cup

Gergasi Asia, Jepun ditewaskan pasukan kuat Amerika Latin iaitu Argentina dengan jaringan 1-3 dalam aksi kedua Piala Dunia U17.

Jepun dan Argentina kedua-dua pasukan tampil dengan formasi 4-2-3-1 dalam perlawanan ini.

Argentina memecah gawang gol Jepun seawal minit ke-5 perlawanan hasil jaringan C. Echeverri.

Belum sempat Jepun cuba untuk bangkit, Argentina menambah derita Jepun menerusi gol kedua pada minit ke-8.

V. Acuna berjaya menjaringkan gol setelah menerima bola hantaran daripada Lopez.

Jepun mempunyai beberapa percubaan berbahaya namun gagal menerjah gawang gol Argentina.

Jepun berjaya meraih gol pertama perlawanan pada minit ke-50 menerusi gol daripada R. Takaoka.

Ruberto melengkapkan kemenangan bergaya Argentina apabila menjaringkan gol ketiga sewaktu perlawanan memasuki masa tambahan.

Kedua-dua pasukan mempunyai penguasaan bola yang seimbang namun Argentina lebih banyak melakukan percubaan berbanding Jepun.

Tamat perlawanan, Jepun tewas 1-3 kepada Argentina dan kedua-dua pasukan kini mengutip 3 mata setelah mengharungi 2 perlawanan.