Piala Dunia U17: Brazil Gah Tewaskan England
Piala Dunia
CBF
Advertisements

Skuad B-17 Brazil memastikan kemaraan mereka ke pusingan 16 pasukan terbaik Piala Dunia B-17 dengan mengalahkan England 2-1 hari ini.

Three Lions memerlukan kemenangan untuk layak ke pusingan seterusnya sebagai juara kumpulan. Sementara Selecao turut memiliki misi sama bagi memastikan kemaraan sebagai naib juara kumpulan.

Babak pertama menyaksikan dominasi England. Sofascore mendedahkan England menguasai bola sebanyak 68% dengan bakinya dikuasai Brazil.

Advertisements

Begitupun, kegagalan mereka memanfaatkan peluang di depan gol dihukum Selecao menerusi Kaua Elias pada minit ke-43. Keputusan 1-0 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, anak-anak buah Ryan Garry terus berusaha memburu gol penyamaan.

Malangnya, gawang Three Lions bocor lagi apabila Da Mata menyudahkan hantaran Esquerdinha pada minit ke-54.

Advertisements

Situasi ini menyebabkan England makin terdesak mendapatkan gol bagi merapatkan jurang dengan Selecao.

Gol yang dicari akhirnya muncul menerusi sepakan penalti Joel Ndala pada minit ke-71. Gol tersebut mula mencemaskan Brazil lebih-lebih lagi selepas mengetahui Iran sedang mengalahkan New Caledonia.

Ini mendorong barisan pertahanan Selecao diketuai Da Mata dan kapten Vitor Nunes bekerja keras menyerap setiap asakan Three Lions.

Advertisements

Pada akhirnya, keputusan 2-1 memihak kepada Brazil. Biarpun kalah, England tetap layak ke pusingan seterusnya sebagai juara kumpulan kerana memiliki kelebihan perbezaan jaringan.

Sofascore memilih Ndala sebagai pemain terbaik perlawanan dengan 8.5 mata. Sementara Da Mata dipilih sebagai pemain terbaik Brazil dengan markah 8.0 mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram