Piala Dunia U17: Brazil Ke Suku Akhir, Tamatkan Perjuangan Ecuador
Piala Dunia
La Tri Ecuador
Advertisements

Juara bertahan Piala Dunia B-17, Brazil terpaksa bekerja keras sebelum menewaskan Ecuador 3-1 dalam aksi pertama pusingan 16 pasukan terbaik hari ini.

Dengan status Selecao sebagai juara bertahan kejohanan, tekanan dirasai pasukan itu untuk layak ke peringkat suku akhir.

Sementara La Tri pula berharap dapat mengatasi pencapaian pusingan 16 pasukan terbaik yang dicapai dalam edisi 2019.

Advertisements

Babak pertama menyaksikan anak-anak buah Phelipe Leal melancarkan serangan bagi mendapatkan gol awal.

Usaha mereka membuahkan hasil apabila Estevao membuka tirai jaringan pada minit ke-14 selepas menyudahkan hantaran Kaua Elias.

Selecao kemudiannya berusaha menambah koleksi gol mereka tetapi setiap percubaan berjaya dinafikan penjaga gol Ecuador, Cristhian Loor.

Advertisements

Sebaliknya, El Tri pula melancarkan beberapa serangan pantas dan mendapat gol penyamaan pada minit akhir babak pertama.

Penyerang utama Ecuador dan kapten, Michael Bermudez melepaskan rembatan yang menewaskan penjaga gol Brazil, Phillipe Gabriel. Keputusan 1-1 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, giliran El Tri pula mengatur serangan bagi mendapatkan gol kedua perlawanan.

Advertisements

Ini memaksa anak-anak buah Leal diketuai kapten Vitor Nunes bekerja keras menyerap asakan yang dilemparkan pihak lawan.

Tuah memihak kepada Selecao apabila pengadil menganugerahkan sepakan percuma dari luar kotak penalti pada minit ke-69.

Sepakan percuma yang diambil Estevao terkena benteng pertahanan El Tri sebelum menembusi gawang mereka pada minit ke-70.

Advertisements

Ini memaksa Ecuador menggandakan serangan bagi mendapatkan gol penyamaan tetapi gagal.

Sebaliknya, keghairahan mereka memburu gol penyamaan memakan diri apabila pemain gantian, Luighi Hanri menyumbat gol ketiga Selecao pada minit ke-90.

Ini menjadikan Brazil pasukan pertama layak ke suku akhir. Mereka kini perlu menunggu keputusan pertembungan dua lagi pasukan serantau, Argentina dan Venezuela bagi menentukan lawan mereka untuk aksi suku akhir pada 24 November ini.

Estevao dipilih pemain terbaik perlawanan oleh Sofascore dengan markah 10 mata. Sementara Loor pula dipilih pemain terbaik Ecuador dengan markah 8.1 mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram