Piala Dunia U17: Uzbekistan Gah Tambah Derita Kanada
MakanBola
FIFA World Cup

Uzbekistan tampil gah menewaskan Kanada 3-0 sekali gus menghadiahkan kemenangan pertama Uzbekistan dalam saingan kumpulan B.

Uzbekistan turun dengan formasi 4-2-3-1 manakala Kanada pula bermain 4-4-2 dalam perlawanan ini.

Uzbekistan meraih gol pertama menerusi jaringnan sendiri pertahanan Kanada, M. Chukwu pada minit ke-22 permainan.

Belum sempat Kanada mengatur semula percaturan pasukan, Uzbekistan menambah lagi gol kedua pada minit ke-24.

A. Saidov berjaya menyempurnakan hantaran O. Karimov untuk meletakkan Uzbekistan selesa 2 gol dihadapan.

Kanada mempunyai percubaan ke arah gawang gol lebih banyak berbanding Uzbekistan namun tiada gol yang dapat dijaringkan.

Memasuki minit ke-80 permainan, A. Saidov menambah duka Kanada apabila menjaringkan gol ketiga setelah menerima hantaran M. Sobirov.

Kanada merekodkan 19 percubaan gol manakala Uzbekistan hanya merekodkan 10 percubaan gol sahaja.

Tamat perlawanan, Uzbekistan meraih 3 mata berharga setelah menewaskan Kanada 3-0 dan kini Kanada mencatat 2 kekalahan berturut-turut.