Piala FA: 3 Pengumuman Penting Aksi Selangor vs Terengganu
MakanBola
Terengganu FC
Sponsors

3 pengumuman penting hangatkan pertemuan separuh akhir Selangor vs Terengganu malam ini.

Skuad kendalian Nidzam Jamil memperagakan aksi kurang konsisten sejak kebelakangan ini termasuklah tewas 3-2 kepada Terengganu.

Ad

Terengganu pula bangkit daripada kekalahan 4-0 di tangan JDT pada aksi Liga Super dengan membenam Negeri Sembilan 3-2 di Gong Badak.

Ad

Aksi getir menanti kedua-dua pasukan bagi merebut tiket ke final dengan JDT atau Kedah bakal menjadi halangan terakhir.

Selangor FC membuat pengumuman penting berkenaan aksi di Stadium MBPJ antaranya ialah kesemua peruntukan tiket untuk penyokong pelawat telah dijual kepada Terengganu FC.

Ad

Bukan itu sahaja, pihak Selangor FC juga mengingatkan kepada Terengganu agar tidak memasuki stadium dari tempat penyokong tuan rumah masuk.

Ad

Hal ini susulan terdapat pintu khas yang disediakan untuk penyokong pasukan pelawat masuk ke dalam stadium.

Ad

Penyokong juga tidak dibenarkan membawa barangan terlarang seperti pisau, mercun, suar dan lain-lain.

Aksi Selangor dan Terengganu bakal berlangsung pads 3 Ogos 2024 jam 9 malam.