Piala FA: 4 Gol JDT Tamatkan Perjuangan Kelantan Darul Naim
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Johor Darul Ta’zim (JDT) cemerlang menewaskan cabaran Kelantan Darul Naim dalam aksi pusingan 16 Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim.

Hector Bidoglio menurunkan kesebelasan terbaik bertemu cabaran skuad Kijang Emas dengan barisan pemain seperti Syihan Hazmi, Afiq Fazail, Hong Wan, Fernando Forestieri, Bergson, Oscar Arribas serta Juan Muniz.

Ad

Kelantan pula memberikan kepercayaan kepada pemain seperti Oday Kharoub, Valdumar, Fazrul Amir, Mior Dani dan Ghaffar Rahman manakala Muhaimin pula menjaga gawang gol pasukan.

Ad

Aksi babak pertama berjaya didominasi oleh pasukan JDT sekaligus memaksa pasukan Kelantan Darul Naim untuk turun bertahan mengekang binaan serangan JDT.

Kelantan Darul Naim tampil berdisiplin ketika bertahan dan beberapa kali berjaya menghaland pasukan tuan rumah daripada meraih gol awal perlawanan.

Ad

Namun memasuki penghujung babak pertama gawang gol Kelantan akhirnya dibolosi oleh Fernando Forestieri yang menanduk masuk bola daripada Bergson.

Ad

Aksi separuh masa pertama tamat dengan JDT mendahului Kelantan Darul Naim menerusi jaringan tunggal Forestieri.

Ad

Bersambung babak kedua, JDT memperoleh sepakan penalti setelah pemain pertahanan Kelantan Darul Naim mengasari Fernando Forestieri dalam kawasan kotak penalti.

Sepakan penalti oleh Juan Muniz berjaya dihalang oleh penjaga gol Muhaimin namun rembatan susulan daripada Romel Morales berjaya membolosi gawang gol Kelantan Darul Naim buat kali kedua.

Pemain gantian, Francisco Geraldes menambah duka pasukan pelawat apabila menjaringkan gol ketiga pada minit ke-81 permainan.

Arif Aiman menyempurnakan kemenangan bergaya JDT apabila menjaringkan gol melalui sepakan penalti pada masa tambahan.

Tiupan wisel penamat menyaksikan JDT berjaya menewaskan Kelantan Darul Naim dengan jaringan 4-0 untuk melangkah ke peringkat suku akhir Piala FA.

JDT yang menyingkirkan Kelantan Darul Naim seterusnya akan menentang Malaysian University bagi aksi suku akhir Piala FA 2024/2025 setelah pasukan daripada liga A1 Semi Pro berjaya menundukkan PDRM.