Piala FA: Finalis 2023, KL City mengalami kejutan apabila disingkirkan oleh Kuching City di laman sendiri.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Cheras itu menyaksikan 5 tonggak kebangsaan menjadi taruhan tuan rumah untuk mencari kemenangan.
Usaha itu membuahkan hasil apabila Haqimi Azim membuka tirai jaringan seawal minit ke-10 menerusi satu rembatan kencang.
Pasukan pelawat tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan menerusi Filenmon Anyie sebelum kapten KL City, Paulo Josue memastikan aksi babak pertama tamat dengan keputusan 2-1.
Bersambung babak kedua, anak didik Miroslav Kuljanac meneruskan dominasi namun berdepan asakan beberapa percubaan lawan.
Kuching City berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-68 menerusi pemain gantian, Shamie Iszuan sekaligus menekan tuan rumah yang mahu memanfaatkan kelebihan di laman sendiri.
Tambahan masa 4 minit tidak mengubah nasib kedua-dua pasukan yang terikat dengan jaringan 2-2 dengan gol Giancarlo Gallifuoco dibatalkan oleh VAR.
Aksi diheret kepada 120 minit permainan namun pemain gantian Kuching City, Zahrul Nizwan meledak pada masa tambahan saat akhir hasil lorongan cantik Shamie Iszuan.
Perlawanan tamat dengan kemenangan memihak kepada Kuching City dengan keputusan 3-2.