Piala FA: Hector Bidoglio Mahu Manfaatkan Kelebihan SSI
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Pengendali Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Hector Bidoglio ingin memanfaatkan kelebihan beraksi di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) menjelang aksi separuh akhir kedua Piala FA 2024.

Aksi separuh akhir kedua Piala FA menemukan JDT dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) buat kali kedua selepas kedua-duanya berentap pada 19 Julai lalu.

Ad

Perlawanan tersebut menyaksikan Harimau Selatan meraih kelebihan agregat 2-1 di Stadium Darul Aman menerusi Oscar Arribas dan Romel Morales. Sementara Habib Haroon meraih satu gol buat Sang Kenari.

Ad

Bidoglio mengakui selepas aksi pertama pada 19 Julai lalu, Kedah yang dibimbing Nafuzi Zain bakal memberi cabaran sukar buat JDT.

Pada masa sama, pengendali Venezuela itu percaya kelebihan beraksi di stadium keramat mereka mampu membantu JDT menempah tiket ke final.

Ad

“Ya, setiap perlawanan kita akan pamerkan peningkatan. (Perlawanan separuh akhir kedua menentang) Kedah satu perlawanan yang sukar.

Ad

“Tapi ia diadakan di gelanggang sendiri bersama para penyokong kita. Penyokong kita amat mengagumkan. Jadi, kita perlu tunjukkan peningkatan dan menang perlawanan tersebut,” katanya kepada MakanBola dalam sidang media pasca-perlawanan PDRM FC-JDT baru-baru ini.

Ad

Harimau Selatan bakal berentap dengan Sang Kenari di SSI untuk menentukan pasukan mana yang akan beraksi di final Piala FA 2024. Pemenang bakal bertemu dengan Selangor FC di pentas final.

Selangor mengesahkan kemaraan ke final selepas meraih kemenangan agregat 6-4 ke atas pasukan Pantai Timur, Terengganu.