Piala FA
Sri pahang fc
Advertisements

Aksi pusingan ke-16 saingan Piala FA musim ini menyaksikan Penang FC berjaya menewaskan Sri Pahang dengan penentuan sepakan penalti selepas seri sehingga 120 minit permainan.

Advertisements

Ketua jurulatih Sri Pahang, Fandi Ahmad menurunkan beberapa pemain terbaik antaranya Kpah Sherman, Manuel Hidalgo dan arkitek tengah, Nor Azam Azih. 

Sementara Penang FC, misi memburu kemenangan pertama  musim ini selepas seri dalam 3 perlawanan sebelum ini. 

Advertisements

Seawal 5 minit permainan, Penang FC hampir membuka jaringan pertama pasukan, namun jaringan daripada pemain sayap Adib Raop dibatalkan kerana offsaid.

Akhirnya penyerang Penang, Nabil Ahmad Latpi berjaya membuka jaringan pertama pasukan pada minit ke-41 permainan selepas menerima hantaran baik daripada Amer Azahar. 

Advertisements

Separuh masa pertama berakhir, Sri Pahang 0-1 Penang FC.

Skuad kendalian Fandi Ahmad terus memburu jaringan penyamaan, beberapa asakan dibuat berjaya dihadapi oleh barisan pertahanan Penang. 

Advertisements

Pada minit ke-80 permainan, Mykola Agapov menjaringkan gol penyamaan buat Sri Pahang selepas mudah menyempurnakan hantaran lintang daripada Manuel Hidalgo. 

Empat minit masa tambahan tidak mampu mengubah keputusan perlawanan, keputusan seri terpaksa diheret ke masa tambahan.

Advertisements

Tiga puluh minit aksi masa tambahan tiada sebarang jaringan yang berjaya dihasilkan oleh kedua pasukan. Keputusan kekal Sri Pahang 1-1 Penang FC, perlawanan ditentukan menerusi sepakan penalti.

Penang FC layak ke peringkat suku akhir selepas menang dengan keputusan Penang FC 4-3 Sri Pahang menerusi penentuan sepakan penalti.

Selepas ini, Penang FC akan bertemu Kedah Darul Aman bagi aksi suku akhir pertama pada nanti.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram