Piala FA
KL Rovers
Advertisements

Kempen Piala FA pusingan pertama hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan Sabah dan KL Rovers di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Advertisements

Sabah dibawah kendalian Ong Kim Swee memulakan aksi di separuh masa pertama dengan baik selepas mendahului aksi dengan jaringan 3-0. Dua import Sabah, Saddil Ramdani dan Ramon Machado berjaya mencatat nama sebagai penjaring.

Jaringan pembukaan perlawanan dijaringkan pemain sayap sensasi Saddil Ramdani pada minit ke-17 permainan menerusi sepakan percuma yang cantik menerjah jaring sebelum Ramon Machado melebarkan kedudukan buat The Rhinos.

Advertisements

Sebelum babak pertama tamat, Ramon menjaringkan satu lagi gol untuk jaringan ketiga pasukan Sabah sekaligus mendahului untuk aksi di separuh masa pertama.

Bersambung aksi di separuh masa kedua, Sabah terus menggandakan kedudukan menerusi Park Tae-su pada minit ke-51 permainan. Tak lama selepas itu, Ramon Machado akhirnya mencatat hatrik selepas menjaringkan gol kelima buat The Rhinos.

Advertisements

Percaturan pengendali, Ong Kim Swee memasukkan beberapa pemain gantian membuahkan hasil apabila Sabah terus menerus memgasak kubu lawan.

Giliran penyerang Sabah, Jafri Firdaus Chew mencatat nama sebagai penjaring apabila pada minit ke-73 permainan, Jafri mudah menewaskan penjaga gol KL Rovers, Asyraaf Omar.

Sebelum aksi tamat, pemain gantian KL Rovers, Raffi Norghani telah menjaringkan gol di gawang sendiri sekaligus melengkapkan malam gemilang di Stadium Likas.

Sabah tempah tiket ke pusingan suku akhir Piala FA 2024 selepas menewaskan KL Rovers dengan keputusan 7-0.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram