Piala FA: Senarai Perlawanan Separuh Akhir, Waktu, Lokasi & Siaran TV
MakanBola
Terengganu FC
Sponsors

Liga Super kembali berehat untuk memberi laluan kepada aksi separuh akhir pertama Piala FA 2024.

Empat pasukan mengesahkan kemaraan ke separuh akhir ialah Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Selangor FC, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan Terengganu FC.

Ad

JDT dan Terengganu mara selepas masing-masing meraih kemenangan selesa ke atas Malaysian University FT (MUFT) dan Sabah FC. Sementara Kedah pula mara selepas meraih kemenangan 1-0 secara agregat ke atas Penang FC.

Ad

Manakala Selangor pula dipaksa berjuang habis-habisan oleh Kuching City FC sebelum mara ke separuh akhir menerusi penentuan sepakan penalti.

Dua pasukan terbaik yang melepasi cabaran aksi separuh akhir bakal berentap di pentas final Piala FA 2024.

Ad

Waktu, Lokasi & Siaran TV Piala FA

1-Kedah Darul Aman vs JDT

Ad

Tarikh: 19 Julai 2024 (Jumaat)
Masa: 8.15 Malam
Venue: Stadium Darul Aman, Alor Setar
Siaran Langsung: Astro Arena

Ad

2-Terengganu vs Selangor

Tarikh: 19 Julai 2024 (Jumaat)
Masa: 9 Malam
Venue: Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu
Siaran Langsung: Astro Arena

Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com